Hari ini dlm sejarah

Sudah lama tak pernah tulis dlm BM. Macam tak pernah tulis dlm BM di blogku juga..Oleh sebab itu, aku jadikan hari ini hari yg mulia utkku.

Aku rindu akan CPUku la..dah lama tak jumpa...tak tau sama ada masih sihat ke? Kawanku pula selalu sibuk dgn pelbagai urusannya..ai...harap-harap minggu depan ia dpt kembali ke pangkuanku.

Bang, bang.. minggu ini (Sabtu hingga ke Selasa)kami akan bertemu lagi. Aku akan pergi melawatmu di KL ya~Pastikan layanan mesra serta pelan yg hebat-hebat disediakan, ya?

Letihnya minggu yg lepas...dah kerja macam lembu dari Isnin ke Jumaat, penat teruk(terutamanya Khamis, aduh..12mlm baru balik dr pejabat)..ku yakin Jumaat (esok)ini juga akan balik lewat lagi sebab minggu depan(Isnin & Selasa) takda kerja. Kemungkinan besar kena korbankan rancangan American Idolku juga..entah siapa yg akan disingkir minggu ini...Katherineku, aku tak nak dia disingkir la..Nyanyian Kellie sebenarnya tak sehebat mana, cuma mempunyai muka dan sifat yg comel shj.

Minggu lepas aku sibuk dgn perayaan pre-majlis utk sahabatku. Walaupun kami semua nampak letih lesu, tapi seronok dan gembiranya dpt berkumpul bersama-sama. Sahabat sejati sukar dicari, kan? Semoga sahabatku dpt menjelajahi perjalanan barunya dgn berani dan penuh yakin. Jgn kecil hati kerana kami tak sempat masak utkmu ya~

Cheng Beng-Suatu hari yg amat 'berat' bagi ku. Bukan setakat berat dlm isu perasaan/pemikiran, tapi fizikal juga(Sebab kena bangun awal). Tahun ini, aku 'melawat' seorg saudara baru(dulu tak pernahku menjejak kaki di depan kuburnya). Aku rasa bukanlah lewat sangat utk mengenalinya seandainya aku masih ada hati. Saudara-maraku juga menguji ingatanku sama ada aku masih dpt mengesan kubur-kubur yg berkenaan, di mana lokasinya, siapakah dsbnya. Dlm hari sebegini, aku dpt merasai kemesraan antara manusia(terutamanya org yg mempunyai talian dgn aku/keluargaku) Dulu, aku tak suka utk m'hadiri aktiviti sebegini..mungkin kali ini, aku dah buka fikiran [sikit](haha) Hidup hanya sekali, pertalian yg diikat atr seseorg insan dgn yg lain seakan-akan dah ditentukan. Jadi, haruslah hargai semua ini. Rupa-rupanya datukku meninggal dunia semasa aku berusia 5. Namun, peristiwa pada masa itu masih jelas dlm fikiranku. Aku ada curi-curi menjenguk dari tingkap yg berkisi tu, dan datukku terbaring di sana..mak menjeling matanya dari arah dapur ke arahku sebagai satu amaran melarangku dari mengintai. Atuk sayang padaku. Nenekku pula..nenekku mempunyai jari telunjuk yg pernah digigit tikus..wajahnya nampak serius..dia selalu duduk di anjung(kira juga anjung) dan memerhati kami main.
Nenekku(sebelah mak), aku masih ingat dari awal hingga masa nenek mula lemah..hanya mampu baring di atas katil sahaja...ku gunting rambutmu..dan segala-galanya. Apa yg aku kesal sekarang adalah aku tak sempat belajar teknik mengait darimu lagi. Pakcikku..kedua-dua pakcikku..pakcik yg sulung, kamu belikan aku permainan yg aku suka sekali hingga kini..daripada LEGO yg kau hadiahi, aku berpeluang utk menjadi lebih kreatif. Pak ngahku, motosikal yg kubeli masih dipamerkan di lot kamu. Moga kamu menyukainya dan menaikinya ke sana sini.

Kepada 'kamu yg berada di kayangan', aku ingin mengucapkan terima kasih kerana pernah muncul dalam hidupku dgn pertalian persaudaraan/kekeluargaan dan aku berpeluang dicuram kasih sayangmu. Sayangmu terhadapku akan tetapku ingati sepanjang hayatku. Semoga 'anda' semua HIDUP dgn tenteram di kayangan.

Comments

W said…
artikel ini manyak lucu, oik. lu mya saudara ala paham itu BM boh?

wah, manyak olang akan mali KL minggu ini dan minggu depan, huh?
lu, ultragirl and ahbeh mali sama-sama or seperet?

tadi, gimmy sms gua, kata minggu ini mya american idol, mesti tengok. dia kata ada seprais besar.
(rasanya, dia tengok thru astro)

tau tak, apa yang paling best dalam artikel ini? cerita pasal lu mya ahmah yang jarinya digigit tikus, macam babak dalam long-khong? eeeye~~~
pepC said…
Halo,pasal faham tak faham, itu terpulang.Seperti ketika kamu berdoa kepada Tuhan,bahasa yg digunakan mungkin berasing-asing mengikut bangsa..tapi,keseluruhannya blh difahami sebab macam manapun, perkara sebegini bagaikan satu 'kepercayaan' saja..kalau kamu percaya..semua POSSIBLE.(tak kira bhs, bangsa dll)YAKIN BOLEH wujud atas sebab inilah..haha.

Oh, betulkah begitu ramai org membanjiri KL minggu ini? Setahu aku, Ultra gadis tu pergi Cheng Beng. Si Kuda tak beritahu kami langsung ttg berita ini. Aku pula pergi melawat BANGku.

Gimmy juga ada SMS aku semlm,org yg disingkir yg menjadikannya gemuruh!Tapi, aku tak nak tahu siapa org itu. Harap-harap mlm ini dpt balik awal dan tunggu di depan TV.

Itu 'accident' mah..tahulah dulu mrk tinggal kat atas bukit..macam mana keadaan..mlm takda bekalan elektrik..gelap gelita..panas..mana tahu apa yg menyerang ketika tidur lena..Ahmahku cari kamu baru tau..jaga hang~
pepC said…
Apa yg best utkku ketika menulis artikel ini..Kepalaku digaru setiap kali utk memikirkan perkataan yg berkenaan terutamanya kena terjemahkan ke BM. Memang fikir sampai kepala besar loh..asyik dpt Inggeris ataupun Mandarin saja. Namun, aku rasa BC masih bhs yg paling cantik dan sesuai utk digunakan. Penggunaannya tepat kpd perkataan ataupun maksud/keadaan yg tertentu. Bhs lain tak setandingnya.

Hidup BC~Hidup BC~

Popular Posts